iPhone masuk air apa yang perlu anda buat? Ini langkah mudah …

repair phone area kl

iPhone masuk air apa yang perlu anda buat? Ini langkah mudah …

 

Image result for water damage iphone

 

Salah satu perasaan paling cuak adalah apabila iPhone kesayangan kita jatuh atau masuk air! Aduh, apa yang kena buat ni kalau iphone masuk air ? Nak hantar ke kedai, memang melayang lah duit untuk kos pembaikan tu. Macam mana cara mudah nak jimat untuk hidupkan semula telefon bimbit anda? Guna cara ini kalau iphone masuk air.

 

ALAMAK iPHONE MASUK AIR!

Petang kelmarin hujan kemain lebat. Kebetulan otw balik dari pasaraya tu, anak kecik dah tertidur dalam kereta. Bila dah sampai rumah, kelam kabutla nak bawak barang lagi, mane nak dukung anak, dengan handbag yang berat & penuh dengan barang² si kecik ni lagi. Hujan dah la makin lebat, masa nak loading barang cepat-cepat handphone terkeluar dari beg & jatuh dalam lopak air. Kemain seronok die berenang dalam lopak tu. Time-time gini la pulak nak jadik ikan kaloi nye pun.

iphone masuk air

 

Bukan kena air sikit-sikit, memang tenggelam habis. Lepas angkat tu cepat-cepat offkan. Bila masuk rumah, terus bukak compartment yang boleh dicabut lak. Masa bukak slot memory card & simkad ada air lagi menitis keluar. Dah macam botol air design telepon je. Selamat tak ada straw.

 

Kalau saya lap kering-kering, kemudian masukkan handphone dlm plastik berisi beras untuk keringkan air sementara nak beli bahan penyahlembapan (saya guna brand thirsty hippo). Lepas tu masukkan thirsty hippo & handphone dalam bekas kecil (supaya xserap kelembapan udara dlm bilik). Saya biarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum cuba on kan handphone. Malam tadi lebih dari separuh kalsium klorida dalam bekas thirsty hippo tu dah cair. Bila on kan handphone.. lama juga boot start screen die.. Tapi alhamdulillah, lepas tu dah boleh guna macam biasa.

TIPS KALAU iPHONE MASUK AIR ( Bukan Air Masin ya)

1- Cepat-cepat keluarkan dari air. Lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.

2- Biasanya kalau tak terendam lama sangat, phone masih on lagi beberapa saat. Matikan phone. Xkisahlah tekan butang off atau terus keluarkan bateri. Mana-mana je yang lebih cepat supaya xberlaku short circuit & ic phone terbakar.

3- Lap kering phone. Leraikan semua bahagian yang boleh dicabut.

iphone masuk air

(Sebelum rendam dalam beras, bungkus phone dengan tisu dahulu atau letak selotape pada charger port/bahagian lain utk elak tersumbat dengan beras pulak. Kalau guna selotape pastikan tinggalkan sedikit ruang untuk pengudaraan/air keluar.)

4- Jika tiada bahan penyahlembapan, rendam handphone dalam beras dahulu sementara gi beli tu. Beras mampu menyerap lembapan air walaupun ia mengambil masa agak lama

iphone masuk air

5- Gunakan bahan penyahlembapan untuk keringkan handphone. Letak handphone & bahan penyahlembapan dalam bekas kecil supaya ia dapat mengeringkan kelembapan dari dalam handphone sahaja.

iphone masuk air

iphone masuk air

(Perlu keringkan air dalam phone secepat mungkin atau board boleh berkarat. Bahan penyahlembapan (thirsty hippo) ni cepat serap kelembapan. Kalau ada silica gel pun boleh guna. Tapi kena ada banyak le)

6- Biarkan 24 jam-48 jam bergantung pada berapa lama handphone terendam dalam air. Jika selepas 48 jam, handphone masih tak boleh on, sila lah hantar servis. Jika bahagian dalaman phone anda kering, kerosakan xlah banyak sangat. Tapi kalau ic phone terbakar & dalaman berkarat pulak, bertambahlah cas servis nya.

iphone masuk air

iphone masuk air
 

*kalau jatuh dalam air laut, lepas handphone off, basuh handphone dengan lalukan bawah air paip. Air laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan ia akan crystalize di bahagian dalam & board cepat berkarat. Selepas tu barulah ikut langkah-langkah di atas.

Kalau iPhone Masuk Air Masin Macam Mana?

  • haa ok kalau phone korang masuk air masin korang tak payah susah payah nak rendam dalam beras bagai sebab semua ni tak kan function kecuali korang pergi cuci air masin ni. Air masin lepas kering dia akan jadi crystal macam garam tu. Crystal akan lekat dekat ic board korang.
  •  
  • Jadi kalau phone masuk air masin je terus cepat2 off cabut bateri dan terus ke kedai repair phone berdekatan korang. Makin lama korang biarkan makin xde harapan la utk dihidup balik. 

 

repair phone area kl
Please follow and like us:

26 thoughts on “iPhone masuk air apa yang perlu anda buat? Ini langkah mudah …

  1. syiii says:

    saya punya phone terendam dalam air rendaman mop hampir 24 jam, lepas jumpa terus saya keringkan then rendam dalam beras. nak gi kedai kang semua kedai tutup sambut rayaaa. agak2 masih ada harapan tak? 😭

  2. shafinaz Khairudin says:

    Fone saya tk lama terjatuh lepastu cecepat amik then terus amk vacumm nk keringkn then biar lepastu biarkn je then dh lama tu cas phone ad keluar then stuck dekat apple logo je cmnaa ek tu?

    • admin says:

      stuck dekat logo tu kebiasaannya software issue. tetapi kalau phone ada masuk air better troubleshoot dulu takut ada masalah pada component lain 🙂

  3. baityaleesya says:

    salam , phone saya masuk dalam air about 5 minit jugak . then phone panas sekejap. apa masalah dia eh nak turn on pun tak jalan?

  4. Muhd adam says:

    Salam,fhone saya masuk air then saya off lpastu on balik then time on tu dia sangkut duk ulang banyak kali kluar logo honor pastu dia panas..ada peluang lagi x fhone tu nak ok?

  5. nik aishah says:

    assalamualaikum. saya hantar kedai phone saya sebab masuk air. tapi sampai seminggu dia still cakap tak siap sebab nak buat double check lagi, tapi dia tak tahu bila boleh siap. memang lama ke proses repair iphone yang masuk air?

  6. Eleena Azlan says:

    Assalamualaikum. Phone saya masuk air tak sampai seminit, tak sampai berapa saat pun sbb jatuh terus ambik. Ambik lap keringkan pakai hair dryer. Semua function tp button volume tak okey. Camne tu eh? Prob apa?

  7. fartin najela says:

    hi kalau case budak kecik pegi ambk phone kita pastu dgn confidentnya pegi bawak masuk dlm swimming pool pulak mcm mana?huhu tpi phone still dpat on just that ada double horizontal lines dkt middle screen and sometimes upper part(left//right)screen,lampu screen mcm padam. huhu

  8. miza says:

    Salam, fon saya masuk dlm air sungai, lebih kurang 3 minit jugak, lepastu saya terus off. and saya buka dan keringkan fon tu guna kipas angin ja, and then 3 hari simpan dlm bekas beras. lepas saya cas tu skrin semua okay, tapi bateri cepat turun. maksudnya apa ya?

  9. mohd fairuz says:

    iphone saya masuk air lepas kena hujan saya dah keringkan component dalam .first bjaya on kluar logo apple then ttb dia trus terpadam.still boleh repair kwe

  10. Nadia says:

    Ipbone sy ank terendam dalam air..sy ada remdam dalam beras..still x dpt on..masih boley baiki lagi ke?

  11. Alif says:

    Iphone saya masuk air dalam seminit pastu saya terus angkat and tak off pun tapi blh guna sampai sekarang. Tapi jadi masalah lcd kadang blh touch kadang xleh touch. Problem ape eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial